Saturday, November 1, 2008

peniaga oh peniaga....

Suatu petang di tahun 2007....



aKu:'makcik bagi saya kuih karipap, nak seringgit aje,'...



(mak cik bedah pun menbungkus 3 ketul karipap sardin ...)



aKu; 'aik apasal 3 ketul aje ?'



mAk Cik Bedah;' dah minyak naik , harga pun kenal naik ,ko mane tau bt karipap, pakai minyak banyak..'



aKu; 'ohhh..'



Suatu petang di tahun 2008



aKu; 'makcik bagi karipap sardin seringgit,bungkus ye..'



(mAk cIk bedah pun membungkus 2 ketul karipap..)



Aku; 'aik kenapa 2 ketul, tahun lepas 3ketul aje ,?nak kata minyak naik , dah turun sebanyak 3 kali?'



mAk cIk Bedah :'masalah global ekonomi, kena lah faham skit ....'



aKu;' ohh'



Itulah peniaga kita pada hari ini. Sangat berilmu sehingga menyusahkan orang dan masyarakat Dulu jadikan harga minyak sebagai senjata, walaupun minyak petrol langsung tidak ade kena- mengena dalam nak buat karipap.Apa nak jadi dengan negara kita? golongan yang berada tidak rasa apa - apa, tapi yang sedang belajar dekat universiti, pekerja kilang, yang tidak mencapai pendapatan sampai Rm1000 ni, ape sangat boleh kami beli?

Macam aku, ok lah juga dapat belajar kat universiti, tapi kos makanan dekat muadzam shah contohnye, habis ditekan kepada pelajar.Mentang - mentanglah pelajar datang dari luar semua diorang buat tidak kisah, ade ke patut sampai makan seperti roti canai pun dah naik sampai seringgit.Tak logik betul,alasan harga tepung naik,bukan sebutir tepung yang naik, sekilo, boleh hasil berpuluh2 roti, tapi itulah negara Malaysia tidak ade siapa yang boleh nak mengadu,nak boikot kedai itu ,boleh, tapi dah tiada pilihan kedai lain ,turut sama naik, nak buat macam mane?kenalah lah makan walaupun mahal....nak mengadu? bukan dengar pun suara - suara kecil macam kami,sebaik ade blog ini ..bleh juga aku meluahkan perasaan tidak puas hati............


So itu lah mukadimah yang aku ingin luahkan tentang isu semasa dan nasib yang biasa kita tempuhi... next time aku akn kupas isu - isu masyarakat dengan lebih jelas lagi

maklum lah baru bermula..heheheh.

bye(",)